Posted at Sunday, February 20, 2011, Leave Your Sparkle[s] (4)
Dulu aku ada "bf".. orang kata bila ada "bf" indahnya, bahagianya.. Pada awalnya memang itu yang aku rasakan.. semakin lama aku bertahan dengannya.. Kebahagiaan aku semakin hilang, semakin pudar, sayang aku padanya semakin tawar..
I was wondering,,nape la agaknye ye?
Aku dah kurang hang out bersama teman-teman aku, ada yang mengatakan aku sudah lupa pada mereka.. sedangkan mereka tidak mengerti situasi yang aku alami.. Nak hang out dengan member, keizinan daripada dia perlu diutamakan..kenapa begitu? Adakah aku telah menjadi mliknya secara mutlak?? Aku stress,,aku bukan seorang insan yang suka dikongkong..
Aku juga manusia biasa yang inginkan kebebasan,,aku masih muda.. inginkan kebebasan untuk menghiburkan hati.. Meluangkan masa bersama teman-teman..
Tiba disuatu ketika, aku berterus terang padanya bahawa aku ingin bebas.. Aku ingin menjadi single kembali.. dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku ingin meninggalkannya..
Tetapi aku tetap mahu meneruskan hasrat aku.. Banyak perkataan yang kurang berpuas hati darinya..
Aku tidak pedulikan kata-katanya, yang penting aku BEBAS.. Dia kata sanggup tunggu aku sampai bila2,tapi aku mungkin tidak akan KEMBALI lagi padanya..
Aku hanya ingin berteman dengannya..tetapi itu adalah mustahil.. "ex-bf xkan pernah jadi kawan kita"..
Sekarang aku bebas melakukan apa sahaja yang aku suka, bebas hang out bersama teman-teman aku.. Aku sangat bersyukur padaNya kerana memisahkan kami..mungkin ada hikmah disebaliknya..
Dan hikmah itu adalah,aku dapat menjauhkan diri aku dari melakukan perkara sumbang-mambang..
Kini aku sedar, single itu adalah lebih baik.. kredit tak habis..duit boleh save cuz x payah dating pon.. and yang paling penting.. dapat menjauhkan diri dari bergelumang dengan perkara yang menuju ke arah penzinaan.. Then kita akan rasa bebas dari kuasa seorang king control.. "tapi x semua lelaki adalah king control ye.."
Pada yang single, janganlah merasa diri anda kesunyian.. Kerana masih ramai yang menyayangi kita, yang prihatin terhadap kita.. and kita jangan rasa SINGLE tu bosan, cuz banyak benda yang kita leh lakukan without pakwe k.... :D