THEME
Shout Here!
Posted at Tuesday, February 22, 2011, Leave Your Sparkle[s] (0)
SEMALAM,,,
Apa yang korang ingat tentang semalam yang lepas??
Bagi aku, banyak perkara yang berlaku semalam..
Berbagai peristiwa yang sempat aku rakam....
Tapi perlukah ia diingati, dikenang, dan diungkit sampai bila-bila??
Kenapa kita perlu ingat tentang semalam?
Semalam yang pahit, semalam yang manis, dan semalam yang suram serta sunyi..
Semua itu menjadi kenangan bagi "semalam"..
Mahu dilupa, dierased, dan didelete..tetapi sukar..
Tersenyum bila mengenangkan semalam yang manis,  mengeluh dan menangis bila mengenangkan semalam yang pahit...tetapi sepahit dan semanis mana pun semalam, bila diingat,ia hanyalah kenangan dan masa lalu kita..dan ia tetap tidak akan kembali menjengah.. kita hanya membuang masa mengingati hari "semalam"..
Namun, kita manusia biasa, tidak lari dari mengingati peristiwa semalam..
Lupakanlah peristiwa semalam, dan mulakan hari yang baru dengan jiwa yang terbuka, minda yang sihat dan hati yang tenang..

HARI INI
Apa yang korang tahu tentang hari ini??
Pasti banyak perkara yang berlaku pada hari ini kan??
Kawan korang sakit perut, korang jatuh longkang, tersepit pintu, kena riot birthday..
Macam-macam peristiwa berlaku..
Tapi akankah ia menjadi satu titik ingatan bagi setiap orang?
Ada insan yang begitu mudah melupakan peristiwa hari ini...ada insan yang begitu mengingati hari ini.. And ada juga insan yang malas memikirkan hari ini dan biarkan ia berlalu dengan sendiri tanpa mempedulikan peristiwa tersebut...
Bagi sesetengah insan, dia akan jalani hari ini dengan tenang dan sabar..dan memohon kepada tuhan agar apa yang bakal berlaku pada hari ini hanyalah ujian dari Yang Esa..
Jalanilah hari ini dengan tenang,pasti segalanya akan berjalan dengan baik dan direstui olehNya..

ESOK
Apa pula yang korang nak tahu tentang hari esok??
Pasti korang cukup busy memikirkan apa yang akan berlaku untuk keesokan hari..
Sebagai manusia, kita tidak akan lari dari memikirkan hari esok walaupun kita tidak pasti apakah yang bakal berlaku..adakah yang baik ataupun yang buruk??
Kita suka membuat perancangan untuk hari esok..tetapi kadang-kadang tidak semua yang kita rancang itu menjadi.. kalau jadi pun,,itu mungkin hanya kebetulan sahaja..ataupun memang sudah ditetapkan oleh Yang Esa..
Terkadang kita suka untuk memaksa hari esok datang dengan segera..betapa tidak sabarnya hati manusia..
Namun bila perkara buruk berlaku pada keesokan hari,,kita menyumpah seranah..kenapa jadi begini? Sial! Celaka! Semua itu akan terpacul dari mulut kita..betapa tidak tabahnya hati kita..
Bila sesuatu yang baik berlaku, begini pula jadinya.."boleh tak peristiwa tu diputar balik?".."indahnya....janganlah saat ni berlalu.."..
Janganlah memaksa sesuatu yang tidak pasti itu datang dengan segera,kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi.. tunggulah dengan hati yang sabar..dan biarlah ia datang serta menjengah dengan sendiri...

NEWER POSTOLDER POST