THEME
Shout Here!
Posted at Sunday, February 20, 2011, Leave Your Sparkle[s] (1)

Aku sering merungut, mengeluh dengan ujian, dugaan dan cabaran hidup aku.. Perasaan iri hati terhadap kebahagian hidup orang lain tetap timbul walaupun aku menafikannnya..
Aku serba kekurangan, terkadang aku merasa diri aku kurang didikan agama..
Aku terasa hina disisiNya, terkadang aku amat mengingatiNya, terkadang aku lupa padaNya.. aku bertanya sendiri, bilakah aku akan berubah menjadi insan yang baik disisiNya?

Tetapi apabila aku melihat insan lain yang jauh lebih jahil dari aku, aku merasa diri aku masih disayangiNya..
Aku terasa amat beruntung kerana aku masih berada di landasan yang betul dan masih sedar akan kewujudan    Allah SWT..

Hari ni aku bangkit dari tidur seperti biasa.. mengemas dan bersedia untuk bermandi-manda..
dalam hati aku terbit rasa syukur terhadap Allah S.W.T kerana aku masih boleh memulakan hari-hari aku seperti biasa, masih boleh berdiri dengan teguh, masih boleh melihat kehijauan alam ciptaan tuhan yang tersergam indah, masih boelh bertutur dengan lancar, serta masih boleh mendengar..

Aku juga bersyukur kerana Allah masih memberi aku kesempatan untuk hidup pada hari ini.. and memberi kesempatan untuk aku berubah dari yang jahat kepada "agak" baik.. :)


NEWER POSTOLDER POST