THEME
Shout Here!
Posted at Sunday, July 31, 2011, Leave Your Sparkle[s] (0)
Ramadan tiba lagi untuk ke sekian kalinya, kedatangannya membawa pelbagai insentif untuk umat Islam yang mengharapkan keampunan dan keredaan Allah S.W.T. Sesungguhnya kedatangannya dinanti-nantikan oleh orang yang muttaqin. Hal ini demikian kerana Rasulullah s.a.w. telah memaklumkan kedatangan Ramadan dengan memberikan khabar gembira akan kedatangannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Akan datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan. Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan” (Riwayat al-Nasai’i dan Baihaqi).

SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM..
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI KITA KESEMPATAN UNTUK BERHIJRAH DARI KURANG BAIK KEPADA LEBIH BAIK..
PADA YANG DH 'OFF' PADA 1ST PUASA, HARAP BERSABAR YER... HEHE



NEWER POSTOLDER POST