THEME
Shout Here!
Posted at Wednesday, September 14, 2011, Leave Your Sparkle[s] (1)
aku hanya mampu bahagia di alam mimpi~
pabila mencuba untuk berpijak di bumi yang nyata, segalanya musnah bagaikan bencana datang melanda.. :(



itu sahaja yang dapat aku ungkapkan buat masa ini.. 
segala pahit manis hidup yang aku tempuhi tidak pernah ku lupakan, ianya sentiasa berlegar-legar di benakku..


aku inginkan hidup yang aman dan bahagia seperti insan lain, tapi akankah aku kecapi semua itu??
akankah dapat ku capai semua keinginanku??
aku bukanlah seorang insan yang tamak yang hanya memikirkan wang ringgit semata-mata, aku menginginkan bahagia..
wang ringgit bukanlah segalanya, tetapi pada abad ini ianya sangat diperlukan oleh setiap insan yang berpijak di bumi yang fana ini..


aku mengharapkan rezeki yang murah dari Allah tuhanku yang satu, untuk memberikan kesenangan hidup kepada ibu dan bapaku..
aku ingin sekali melihat mereka tersenyum bahagia dengan kejayaan yang aku kecapi, tapi akankah kejayaan itu menjadi milik aku nanti??


aku sungguh kehausan dan kepenatan...
berjalan ke sana ke mari mencari sebuah ketenangan hati yang sudah sekian lama kucari..
ku renungi ruang angkasa untuk mencari sebuah mimpi, mimpi yang akan membawa aku pada kebahagiaan hidup di bumi.. indahnya fantasy, walaupun hanya seketika dapat jua ku rasai.....





NEWER POSTOLDER POST