THEME
Shout Here!
Posted at Friday, December 28, 2012, Leave Your Sparkle[s] (0)
Assalamualaikum..

Fewh! Dah lama tak jenguk and update blog ni. Kesian tengok. heheh ^^
By the way,, since today is the last 'Jumaat' in 2012, i wish happy new year to all of you!! yeayyyy!
Okay.. when you've rested for a long time from writing, your hand writing will be totally 'funny" right? Sama lah jugak macam hari ni.. Bila dah lama tak update blog, idea pun kurang. tak tahu nak cakap pasal apa. hehe ^^.

Haaaa! Suddenly..
You know, everything that we want isn't easy to get.. is it? you have to be redha, redha and redha also tawakal. We didn't pray for a musibah, but we pray to be far from musibah. It's unpredictable. No one knows about the musibah, only Allah SWT knows. You have to accept everything that comes to you, whether happiness or sadness. I know that it's not what we want, but everything that happen in our daily live is "ketentuanNya".. Menerima dan berusaha untuk meneruskan hidup dalam apa jua rintangan itu adalah kita, tapi yang menentukannya hanyalah Dia yang satu.. iaitu Allah. Jadi kita harus tabah, tawakal kepadaNya..

BELAJAR MENERIMA..
Apa jua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Belajarlah untuk menerima segala yang telah ditentukan. Kita merungutlah 8juta kali sehari pun, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa. Berusahalah, berdoa dan solatlah untuk menjadikan sesuatu musibah itu hikmah yang baik buat diri kita agar tidak lupa diri, tidak menjadi insan yang kufur, derhaka dan sebagainya..

BERUBAH..
Sememangnya mengucapkan sesuatu dengan lidah itu memang mudah, akan tetapi siapa lagi yang mahu membantu diri kita berubah jika bukan diri kita sendiri? Mahu tunggu hidayah? Hidayah itu sua dah sampai di bumi sejak berjuta tahun dahulu.. Tanya pada diri " sampai bila aku mahu begini, lupa diri, lupa akan adanya Dia, Allah yang satu".. Look into the mirror, and judge your own self.. Adakah sudah cukup bagus? Cukup amalan? Muhasabah diri, sebelum terlambat.. Ajal maut tidak siapa yang tahu. Majority manusia hanya tahu menuding jari pada orang lain, sedangkan dia tidak sedar bahawa dirinya itu lebih teruk daripada apa yang dia lihat. Dia tidak nampak kekurangannya, yang dia nampak hanya kelebihan dirinya dan orang lain akan di "underestimate" oleh dirinya. Tidakkah itu bongkak namanya? Sedarlah bahawa setiap manusia itu ridak sempurna, ada yang lebih dan ada yang kurang.. Jangan hanya tahu menuding jari, tengok diri kita, nilai diri kita, sejauh mana sekalipun kita lari dari kebenaran, ia tetap disamping kita. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa adanya. Jangan hanya tahu merungut, dan janganlah merendahkan orang lain, kerana kita tidak tahu sejauh mana kita akan pergi.

Sekian untuk hari ini. :)

*HADIS RASULULLAH*
Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan  dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi SAW, beliau bersabda,


"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: 
"Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia  menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim) 


NEWER POSTOLDER POST