THEME
Shout Here!
Posted at Tuesday, January 01, 2013, Leave Your Sparkle[s] (0)
안녕하세요!! Assalamualaikum..

Happy New Year From Exo-K !! I love you guys!! <3
슬픈데요..근데, 내가 행복해야합니다.. 화이팅!
So...2013 telah pun tiba.. tapi aku? Aku masih aku yang dulu, tiada yang berubah. Kehidupan harian masih sama seperti dulu. Azam baru? Apa azam aku? Tiada berazam.. aku hanya mendoakan agar tahun ini akan lebih baik dari yang sebelumnya, InshaAllah.. Amin. 

GETTING OLDER... 
Arghhhh! Tidak... aku semakin tua.. T___T boleh tak nak jadi kanakII kembali? Boleh la.. hehehe XD Okay.. Usia semakin meningkat, adakah aku akan kekal begini? Hidup di dalam dunia yang serba berwarna warni, dengan imaginasi yang indah dan realiti yang begitu menyakitkan? Segalanya tidak dapat diungkap dengan kata  - kata.. Hanya Allah saja yang tahu kehidupan aku yang mendatang.. Aku hanya mampu berdoa, berusaha dan redha dengan apa saja ketentuanNya.. Aku berharap segalanya akan berjalan dengan  lancar.. Aku juga berharap bahawa masih ada masa untuk aku memberikan yang terbaik buat insanII yang aku sayang.. terutama Family aku. Melihat kembali ke belakang hanya membuatkan hati aku sakit bagai ditusuk duri, jadi mahu tidak mahu, aku harus melupakan apa yang telah terjadi, dan membuka buku baru untuk kehidupan aku yang mendatang. Tapi, bolehkah ianya dilupakan begitu saja? Bukan mudah, dan sejauh mana pun kita lupa akan sesuatu itu, ia tetap akan hadir walaupun hanya sepintas lalu.. Masa berlalu dengan pantas, seingat aku, aku masih lagi kanakII berusia 12 tahun yang tidak mengerti apa itu kehidupan sebenar.. Tapi realitinya, sudah 11 tahun berlalu, dan aku masih disini, menanti sesuatu yang tidak pasti.. 

THE COLORS OF ME...
Colors of me? Ya, setiap warna ada pada aku.. Dulu aku hanya sukakan warna yang suci iaitu putih. Tapi 2 tahun yang lalu, aku mengubah citarasa aku kepada insan yang warna - warni.. kerana aku rasakan perlu.. Perlu untuk menjadi seorang yang ceria walaupun kesakitan itu ada jauh di dasar hati aku.. Ya, setiap insan mengatakan aku hidup bagaikan tiada masalah, sentiasa ceria dengan senyuman dan gelak tawa.. Akan tetapi hakikatnya tiada siapa yang tahu apa yang aku rasai dan lalui setiap hari.. Hanya Dia yang mengerti.. Kini 2013, adakah aku akan mengubah citarasa untuk kesekian kalinya? Aku juga tidak pasti.. hanya tunggu dan lihat. 

NEW ME...
I'm hoping for the new me in 2013.. Hot_tempered? No... Positive? Always yes.. Complaining? No.. Friendly? yes, yes and yes! Obedient daughter? Of course! XD Kpop? Always.. Allah? Allah is always the first.. Rasulullah? Never forget.. Parents and family? Love them so much! <3

So..once again! Selamat menyambut tahun baru 2013, semoga tahun ini memberi sejuta makna pada You all.. :D Assalamualaikum.. <3
NEWER POSTOLDER POST